Heart Full of L.O.V.E










Isnin 02 Jul 2007

blog bertukar ke sendu-sendawa.cjb.net

blog ni akan bertukar ke satu laman blog yang lebih stabil. di mana aku menggunakan ruang yang ada dalam hosting aku dan boleh dicapai melalui capaian di http://www.tentangaku.com
segala yang ada dalam blog ni, akan cuba dipindahkan ke dalam blog yang baru. proses pemindahan akan mengambil masa sedikit.

sekian, harap maklum :D

Selasa 26 Jun 2007

Tips! Bagaimana menjadi orang yang berjaya

Semua Orang Sekurang-kurangnya Telah Mendapat Satu Kejayaan Iaitu Di Saat Mereka Dilahirkan

Kita semua memang orang yang berjaya. Sewaktu kita dilahirkan, kita juga orang yang berjaya. Kerana dalam berjuta2 yang bersaing hebat untuk disenyawakan dan bersaing hebat untuk menjadi segumpal daging, kita yang bertuah dan berjaya dalam persaingan itu. Tidakkah kita seharusnya berbangga akan kejayaan kita itu? Dan seharusnya kiat bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa, kerana kita yang bertuah dilahirkan di atas muka bumi ini.

Setelah menjadi seseorang yang berjaya, maka sudah tentu kita mahu untuk terus menjadi orang yang berjaya. Tapi bagaimana? Apakah ciri-ciri orang berjaya? Dan adakah kita memilikinya? Teruskan pembacaan anda.

Orang yang berjaya dari segi psikologinya mempunyai beberapa ciri. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mutlak. Hanya sebagai ciri2 yang digariskan menerusi pemerhatian dan pengalaman. Mungkin saja pemerhatian itu kurang tepat, kerana pandangan mata kasar kita sering tertipu dengan apa yang terzahir di depan kita. Mungkin saja pengalaman itu kurang berkesan, kerana tidak semua orang melalaui detik2 sukar yang sama dan pengalaman berbeza mengikut tempat, masa dan keadaan juga.

Orang2 yang berjaya sentiasa :-

1. Yakin dengan langkah pertamanya

Keyakinan untuk memulakan langkah pertama adalah suatu perkara yang mudah disebut tapi amat sukar untuk melaksanakannya. Kenapa? Kerana terlalu banyak kemungkinan dan risiko yang perlu difikirkan dan mungkin dihadapi. Kita sering ragu-ragu untuk berbuat sesuatu kerana bimbang akan kesan dan akibatnya, sedangkan kita tahu terdapat cara2 untuk menanganinya.

Membentuk keyakinan bukanlah sesuatu yang mudah. Keyakinan bukan saja berlandaskan kepada pengetahuan dan pengalaman, tetapi kesediaan diri untuk menghadapi segala kemungkinan. Oleh itu, kita hendaklah bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani.

Keraguan yang bersarang di dalam hati, merupakan halangan yang menjadi ancaman tidak sedar kita. Di saat kita telah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal tiba, tiba2 kita menjadi ragu akan benarkah tindakan kita dan adakah kita yang sepatutnya? Perasaan ragu2 ini hendaklah dikikis dan dibuang. Sedangkan kita telah mendalami dan memperhalusi hal tersebut habis2an sebelum itu.

Maka bentuklah keyakinan yang utuh dalam diri untuk memulakan langkah yang pertama. Usah ragu2 dan gentar dalam menghadapi cabaran duniawi. Kejayaan tidak datang sendiri, kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Dan ingat kata pepatah, "Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama" :-)

2. Keluar dari Zon SELESA

Pernahkah kita terfikir seketika, kenapa kita tidak berjaya sedangkan kita telah berusaha dan memulakan langkah yang pertama? Jawapannya adalah kerana kita masih berada dalam Zon Yang SELESA.

Apakah itu Zon SELESA? Secara konseptualnya, Zon SELESA adalah satu keadaan di mana kita sudah biasa dengan keadaan tersebut. Dan lantaran kebiasaan tersebut, kita jadi lemah dan kurang berdaya saing.

Kenapa pula begitu? :) Setelah langkah pertama kita mulakan, normalnya akan hadir pelbagai halangan dan rintangan. Mungkin di pertengahan jalan ataupun mungkin juga di awal permulaan. Kita memang telah bersedia menghadapi segala kemungkinan. Tapi persediaan itu hanya sekadar persediaan yang disematkan di dalam minda. Tetapi dari segi tindakannya, kita belum lagi melaksanakannya.

Maka untuk bersedia dari segi perlaksanaannya, kita perlu keluar dari Zon SELESA yang biasa kita lalui. Kalau kebiasaannya kita bangun seawal jam 6.30 pagi, kali ini kita bangun pula seawal jam 6.00 pagi. Kalau kebiasaannya kita hanya mampu menyimpan RM50 sebulan kerana terlalu banyak berbelanja perkara2 yang tidak ada dalam senarai, kali kita simpan RM100 sebulan dan buatlah bajet persendirian dalam menguruskan hal2 kewangan kita.

Zon SELESA juga boleh jadi apabila kita suka akan sesuatu dan kita sukar untuk melepaskannya, seperti merokok. Kita tahu dengan wang kita laburkan untuk membeli rokok, ianya tidak akan memberi apa2 faedah kepada kita. Sebaliknya mampu memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan. Oleh itu, keluarlah dari zon itu. Wang tersebut lebih baik disimpan dan dilaburkan di unit2 amanah yang diperakui. Sekurang2nya bertambah jua simpanan kita.

Tidak sukar untuk keluar dari Zon SELESA. Tepuk dada, tanya selera :-)

Isnin 25 Jun 2007

Di Dada Persuratan Ini ....

di dada persuratan ini
aku bagai terpanggil-panggil
merancakkan kembali tarian ini
melakarkan lagi sebuah mimpi
yang entah bila akan terhenti

ingin sekali aku melepaskan
mendung hitam bersarang di hati
biar dibawa awanan putih
menjadi hujan membasahi
tasik hati yang kering ini
melakarkan mimpi dalam ulitan lena
hidup setahun tidak sama rasanya
pena menari menyatukan rasa
agar kenangan terpahat di jiwa
tidak akan dilupa
dan tak mungkin terlupa

di dada persuratan ini
tarian ku kehilangan seri
pena ku kehabisan inti
akalku kematian isi
hingga terpaksa aku
memohon izin permisi
bukan untuk pergi
tapi untuk datang kembali


Kini...
Kini aku kembali
Kembali seperti yang ku janji
Penaku tidak sabar untuk menari kembali
Mencoret segala kisah duniawi
Yang tersirat, Yang tersurat
Semuanya ada di sini

Tarian pena bersambung kembali
Bersambung semula sandiwara duniawi
Teka teki hitam putih kehidupan
Antara fantasi dan realiti, yang mana jadi pilihan?

Ku harap...
Ku harap tarian pena ini
Bisa... Melakar kembali.......
Pelangi sebuah kehidupan...........

oneNonly
25 Jun 2007
Tingkat 15

Jumaat 15 Jun 2007

Pelangi Petang (Evening Rainbow)

Pelangi Petang

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Evening Rainbow

Treading lightly on the graying clouds
Braving through the winding alleys
Looking for a ray of light to shine upon
The darkness in me

I truly believe that one day
The sun will still be shining
Bringing our greatest dreams
With it

You came to me like a rainbow
Though not illuminating, you did glow
Enough to light up
This heart of mine

A single day I spend with you
I forget as time flies by
Like the evening rainbow, surely
You will finally fade away