Heart Full Of L.O.V.E. - It's All About Me!

bila kita suka kepada sesuatu. kita berusaha untuk mendapatkannya. kita mahu ia menjadi milik kita. bila kita tidak mendapatkannya, kita mengeluh. kita menyalahkan segala yang ada. sedangkan kita tidak tahu. ada sesuatu yang tersirat dan tersurat. bila kita tidak bisa mendapatkannya, mungkin Tuhan belum mengizinkan. belum tiba masanya. mungkin ia bukan untuk kita. lalu Tuhan ingin menggantikan dengan yang lain. yang lebih baik. berasa senanglah dengan apa yang ada. bersyukurlah :)

Isnin, 12 Februari 2007

Ms Nice (",)

sebenarnya tak ada apa sangat yang nak aku tuliskan dalam blog ni. aku cuma bosan je. aku kat ofis lagi ni. tak balik lagi. tak ada keje pun. saja tak balik. :)

aku cuma nak menulis tentang seseorang yang telah menjadi begitu sungguh istimewa dalam hidup ku ini. seorang gadis yang cukup sederhana dan penuh kesopanan. :)

hari ni 12 feb..maknanya dah dekat 6 bulan aku kenal Ms Nice (",). dari sekadar teman bersms. kami berkenalan, berjumpa dan bermesra. akhirnya hati ini terpaut sayang padanya. :-*

mungkin aku kurang menulis tentang Ms Nice (",) dalam blog ini. entah lah. aku tak mahu terlalu menulis tentangnya. biarlah aku menulis bila ku rasakan ianya perlu. kerana pengalaman lalu banyak mengajar aku tentang sesuatu yang tidak aku tahu. :-)

minggu ini, aku bercadang untuk mengikuti Ms Nice (",) balik ke kampungnya. tapi bukan kami berdua saja. mael, adik Ms Nice (",) pun balik sama. kebetulan cuti tahun baru cina. mael pun memang ada ajak aku join sama. dia nak ajak aku pergi berpiknik di tasik bera. macam menarik bunyinya. :D

actually kelmarin aku pergi berpiknik ke sungai gabai,hulu langat dengan Ms Nice (",) dan mael. itu yang mael nampak beria2 nak mengajak aku. Ms Nice (",) pun sama. menarik juga. lagipun selepas ni bukan ada cuti umum lagi.eheheh. aku tengok kalendar untuk bulan mac dan april, memang hari untuk bekerja. huhuhu. :D

erm..aku dah tak ada idea nak tulis apa lagi. esok jer la aku sambung lagi. tu pun klau keje tak banyak. so busy lah keje kat sini. 9-6 my ofis hour. pkul 6 tu paling awal la. tapi kadang2 tu sampai pukul 8mlm.huhuh. tapi tak dapat nak claim O.T.huhu. maklum aku ni under profession lagi :D

ok lah, gerak dulu. gerak2 khas :D salam...

"B Sayang Banget kat Sayang!!!" :-*

Tajuk : Pastikan
Penyanyi : Dat' Siti Nurhaliza

Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada Peristiwa
Yang Membawa Pertengkaran

Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling

Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu

Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama