Heart Full Of L.O.V.E. - It's All About Me!

bila kita suka kepada sesuatu. kita berusaha untuk mendapatkannya. kita mahu ia menjadi milik kita. bila kita tidak mendapatkannya, kita mengeluh. kita menyalahkan segala yang ada. sedangkan kita tidak tahu. ada sesuatu yang tersirat dan tersurat. bila kita tidak bisa mendapatkannya, mungkin Tuhan belum mengizinkan. belum tiba masanya. mungkin ia bukan untuk kita. lalu Tuhan ingin menggantikan dengan yang lain. yang lebih baik. berasa senanglah dengan apa yang ada. bersyukurlah :)

Khamis, 1 Mac 2007

Dari Kerana Mata

Mata kadang salah melihat ..

Benar kata orang. Mata kadang-kadang salah melihat. Mungkin kita suka untuk melihat sesuatu itu, walhal ia bukanlah yang baik untuk dilihat. Kerana ianya penuh dengan kepalsuan dan dusta semata-mata.


Namun siapalah kita untuk menilainya? Kita insan kerdil. Lemah. Itulah ungkapan yang akan lahir dari dalam diri untuk dilafazkan tatkala kita dihimpit kekesalan. Bukankah telah ramai yang mengingatkan kita sebelum ini? Lupakah kita?.

Rakan-rakan di sekeliling telah acapkali menegur dan menasihatkan kita. Bukan sekali dua. Tetapi selalu benar. Namun keangkuhan dan keegoan kita menghalang kalimah suci itu dari masuk ke dalam hati. Kenapa? Tak percaya? Tepuk dada tanyalah iman!

Sebenarnya rakan-rakan selalu ingin melihat kita gembira dan ceria selalu. Rakan-rakan selalu mahu melihat kita ketawa dan bisa tersenyum. Kerana itulah mereka menegur kita.
Menunjukkan di mana salah dan silap kita dalam menghitung percaturan hidup. Tetapi kita... acapkali jugalah memberikan seribu macam alasan. Menghindari dari yang hak dan mendekati yang bathil!

Masih ingatkah kita dengan sebuah hasid, "Jika kita berkawan dengan pembuat besi. Maka kita akan terkena dengan percikan apinya. Tetapi jika kita berkawan dengan pembuat minyak wangi. Kita akan terkena aromanya selalu."

Pilihlah rakan, kawan, teman dan sahabat itu sebaiknya. Jangan sampai tersalah memilih. Kerana ini katamu, di saat kau dihimpit resah dan buntuk. "Mata kadang salah meilihat.. Maafkan aku, teman".

Chow!
--------------------------------------------------

benda alah kat atas tu aku tulis lamer giler dah. tapi aku repost balik. bukan aper, sebab makan tengahari tadi aku ada bagi sikit nasihat kat seorang kawan aku nih. sebab dia nih kira bebudak ofis aku dah pandang kureng sket la.

bukan apa..mungkin dia tak banyak keje..so ada kadang2 tuh dia datang dekat department aku. and then kelihatan macam mengganggu kami. my supervisor pun ada tegur dia la, but disampaikan kepada aku la. so aku beritahu la dia tadi.

yang peliknya, dia nih boleh pulak tak ambik peduli apa aku cakap. huhuh. lantak lah. kelak bukan aku yang susah. janji aku dah sampaikan apa yang aku patut sampaikan. betul kan tindakan aku? :-)


ok tutup cerita tu, now aku nak cerita sikit tentang suasana di tempat kerja aku. maklumlah dah sebulan lebih aku dekat sini, tapi tak banyak yang aku tulis tentang kerja aku, apa yang aku buat, tempat kerja aku kat mana dan lain2 kan? so aku tulis lah serba ringkas.

Nama Syarikat : G***** H***
Bahagian : Komoditi & Pemasaran
Unit : Operations (normally aku adjust bahagian Shipping)
Waktu Kerja : 9 pagi - 6 petang
Jawatan : Management Trainee (sebab aku scholar student GH sebelum nih)
Tempoh Percubaan : Setahun (bermula 15/01/07-14/01/08)

Skop kerja : Ini part yang paling best. sebabnya kerja aku nih kena teliti dan tepat serta cepat :D

Biasanya once berlaku jual/beli..kami akan dapat makluman tentang bila kapal nak sampai, itu bagi jual/beli utk term CIF..tapi kalau FOB, kami yang akan tentukan. tentang term2 ni kalau tak faham tu, silalah carik dekat internet ya :D


one dapat makluman kapal yang kami panggil sbg "vessel nomination"..kami perlu pastikan ianya tempoh yang ada ialah 14hari..kalau kurang dari tu, harap maaf.tidak akan dilayan :D ... giler tu, bukan sikit2 nak angkut. kadang2 tuh sampai 3000MT. huhuhu

kmudian kami perlu dapatkan "full shipping instructions".. fungsi benda alah tu utk pastikan what are the documents yang buyers nak. normally nak invoices, certificate of origin, marine cargo insurance, bill of lading dan lain2...

then tiba saatnya, kapal pun smpai.. loading la barang ke dalam kapal..tarikh complete loading tuh la tarikh bill of lading kami. normally itu lah jugak tarikh invoice kami. tarikh tuh jugak la yang kena dicatatkan dalam certificate of origin and so on.

kmudian kami kena dapatkn surveyor reports dari surveyor yg telah ditentukan..fungsi surveyor ni utk pastikn bahawa spesifikasi muatan tu samer dgn apa yg diminta oleh buyer..normally tarikh complete loading dan total tonnage yg telah dimuatkan ke dalam kapal, itulah yang kami gunakan. sbb surveyor ni independent. well ini lah business, kena ada yang independent. :-)

one complete loading je, kami kena siapkn tender of shipment. kmudian kami prepare invoice utk dapatkn borang import (k2 form). kami kena siapkn cepat, sbb k2 form tu nak digunakan utk dapatkan certificate of origin. kerana biasa bila dah complete loading, sehari dua lepas tuh kapal berlayar terus. just imagine, klau kapal tuh hnya ambik masa 3 hari berlayar dan tiba di destinasi yg ditentukan pd hari ke-4. ha cam ner tu?? :D

jadi kami memang kena bijak bajet masa. kerja kena rajin dan jangan tangguh2. kalau tak, nanti sangkut dokumen. bahaya tu. kalau korang nak tau, kapal biasanya tak stay lama dekat satu2 port. just imagine kalau kapal tuh berlayar semula, muatan tu kena simpan dekat port. sehari port charge lebih kurang $10,000.00. ha kalau dah dua tiga hari cam ner plak? saper nak bayar? huhuh.

kerja nih memang mencabar. kami kena ready utk balik lambat :D dan bermacam2 lagi dugaan. huhuh. sabar2.. memang kena sabar. well, ini lah baru kerja. mencabar! :D

ok lah, aku tak leh nak tulis banyak2... lagipun dah pukul 6ptg ni. kerja tak der sangat hari ni. so boleh lah balik awal. ok jumpa lagi next round...tata-titi-tata-tutu ;)

sekian, wassalam :-)

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama