Heart Full Of L.O.V.E. - It's All About Me!

bila kita suka kepada sesuatu. kita berusaha untuk mendapatkannya. kita mahu ia menjadi milik kita. bila kita tidak mendapatkannya, kita mengeluh. kita menyalahkan segala yang ada. sedangkan kita tidak tahu. ada sesuatu yang tersirat dan tersurat. bila kita tidak bisa mendapatkannya, mungkin Tuhan belum mengizinkan. belum tiba masanya. mungkin ia bukan untuk kita. lalu Tuhan ingin menggantikan dengan yang lain. yang lebih baik. berasa senanglah dengan apa yang ada. bersyukurlah :)

Jumaat, 9 Mac 2007

Hadiah Dariku Untukmu - Suatu Kepelikan

Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN...... ...Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... .......Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... .......Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... .......Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... .......Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. ......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... .......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ...... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA....... ........Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ........ semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN..... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.


PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum.. ..
HANDPHONE... tandanya. ... kau jangan lari dari ku!!!!...... .aku kan cari kamu walau dimanapun...melainkan kalau handphone tu ditutup.....

*HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!

---------------------------------------------------------------------------

Cinta Lelaki Memang Pelik..

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami  adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburi kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya .............

1 Ulasan:

Di 3:31 PM, Blogger Fauziah berkata...

semoga semua lelaki akan menjadi pencinta yang agung. seronok apabila dicintai sang suami. akak sudah melalui dan sedang melaluinya. memang benar sikap lelaki begitu. Alhamdulillah akak bertemu lelaki sebaik yg ditulis. Doakan kebahagiaan akak ye.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

Pautan pada catatan ini:

Buat Pautan

<< Laman utama